Isnin, 18 Januari 2016

CERITA PALING PELIK: PERJALANAN MEMBINA SKRIP 2 (MISTERI HIDUP PEMUZIK)

CERITA PALING PELIK: PERJALANAN MEMBINA SKRIP 2 (MISTERI HIDUP PEMUZIK)

PERJALANAN MEMBINA SKRIP 2

MISTERI HIDUP PEMUZIK

Walaupun telah lama berlalu temuramah antara saya dengan sasaran dalam SKRIP 2, Alhamdulillah perjalanan membina karyanya telah pun siap. Sebuah perjalanan manusia yang mengalami peristiwa pelik sepanjang hidupnya dalam melayari perjalanan sementara di dunia ini. Mungkin ada yang tertanya mengapa blog ini dimulakan dengan penulisan SKRIP 4 bukan pada pangkal angka 1 atau SKRIP 1. Namun itulah kelemahan bagi seorang manusia seperti saya yang tidak mampu merancang dengan baik pada awalnya. Pada saya itu bukan halangan untuk saya merealisasikan penerokaan mencari sesuatu kepelikkan dalam sebuah kehidupan. Untuk mengenali mati manusia perlu mengenali kehidupan. 

SKRIP 2 ini direncanakan sejak awal bulan November 2015. Maka dari situlah tercetusnya ilham atau sudut idea untuk membina blog ini bagi mengumpul cerita-cerita pelik yang berlegar dalam hidup manusia. Pada awal bulan November itu suatu temuramah telah pun dilakukan dan hasilnya sasaran yang dicari telah meluahkan CERITA PELIK yang telah menimpa dirinya. Cerita yang termaklum adalah berkisar sebuah pencarian dan sebuah penantian yang selama ini dinantikan sasaran. Kesinambungan kehidupan yang racau akhirnya ditemukan dalam suatu perbalahan yang kuat antara prinsip dan perubahan. Sebuah suasana misteri yang membawa sasaran ingin lebih dalam mengetahui apakah suasana tersebut. Perjalanan pelik itu akhirnya tersurat dalam sebuah karya kreatif yang dilahirkan saya.

Nantikan selubung ceritanya dalam perjalanan blog ini pada masa yang terdekat InsyaAllah akan saya cuba berikan. Inilah karya sulung yang terhasil dalam pengembaraan CERITA PALING PELIK. Karyanya telah siap sepenuhnya hanya menunggu masa yang sesuai untuk saya kongsikan. Apa yang ingin saya khabarkan di sini, ia semuanya hanyalah SEBUAH KEJUJURAN yang lahir di hati saya untuk dikongsikan bersama. Betapa manisnya hidup bila kita menghormati dan sekaligus menjadi pendengar pada manusia lain yang ada RAHSIA di sebalik hidupnya. RAHSIA yang PELIK...

NANTIKAN...  

Nombor untuk dihubungi : 017 7134349 Whatsapp


  


Selasa, 29 Disember 2015

CERITA PALING PELIK

CERITA PALING PELIK

MISTERI ALAM
MISTERI ALAM

Dalam perjalanan bumi yang basah, saya masih lagi merenung secermat bahasa agar seluruh karya yang akan dihasilkan mampu membuatkan jiwa cerita itu hidup. Ini adalah suatu cabaran minda yang puncak dan cabaran ini perlu disahut oleh saya. Sesungguhnya bumi Malaysia ini ternyata mempunyai misterinya yang tersendiri. Khabar yang diterima, sebelah Pantai Timur semenanjung Malaysia kini sudah dinaiki air dan banjir kian melanda. Misteri yang tak tersangka kian muncul kembali. Pada waktu ini saya terkenangkan bagaimana pembinaan sebuah puisi yang pernah terlahir dulu 'Bencana Datang Lagi' dihasilkan.

Namun saya akui kerja kali ini lebih mencabar dan lebih mengajar saya untuk terus berusaha. Saya suka kerja saya ini. Nantikan kemunculannya bagaimana misteri alam mimpi mampu bersatu dengan misteri alam sebenar dalam karya SKRIP 4. Saya juga sedang mempersiapkan beberapa karya lain dalam SKRIP sebelumnya. Saya akui memang masa adalah tekanan yang sedang memburu saya.

Persiapan untuk kembara SKRIP 5 pun sedang saya susunkan. Dan persiapan ini adalah bertujuan untuk merungkai cerita selanjutnya dalam pembikinan CERITA PALING PELIK. Saya boleh merasakan bahawa kembara akan datang ini akan lebih mencabar. Ia perlu dirungkai agar segala misteri dan perkara pelik ini mampu membuatkan pembaca mencari ertinya yang tersendiri.

Isnin, 21 Disember 2015

CERITA PALING PELIK

CERITA PALING PELIK
KEMBARA MENCARI CERITA PALING PELIK
Skrip 4.6



Kembara diteruskan untuk mencari ilham dalam pembentukan cerita. Bahan mentah dari segala cerita sudah ada cuma penyusunan jalan cerita sahaja yang perlu diposisikan dengan secara cermat agar pembaca akan mendapat sebuah cerita yang menarik dari pengalaman yang dikutip. Buku yang menjadi rujukan adalah 'Di benua buta' karya Mana Sikana. Buku tersebut mengandungi berbagai kisah yang menarik dan bagi saya ia agak bermutu. Saya akan cuba usaha untuk mendapatkan sumber dan memang semua itu adalah kerja saya dalam menjalankan proses mencanai CERITA PALING PELIK. 

Saya yakin banyak lagi cerita yang perlu dibongkar untuk diperdengarkan pada kita semua. Saya akan mencari dan terus mencari. Ia tidak akan terhenti di sini. Masih banyak yang perlu dicari. Itu semua adalah kerja saya.