Selasa, 29 Disember 2015

CERITA PALING PELIK

CERITA PALING PELIK

MISTERI ALAM
MISTERI ALAM

Dalam perjalanan bumi yang basah, saya masih lagi merenung secermat bahasa agar seluruh karya yang akan dihasilkan mampu membuatkan jiwa cerita itu hidup. Ini adalah suatu cabaran minda yang puncak dan cabaran ini perlu disahut oleh saya. Sesungguhnya bumi Malaysia ini ternyata mempunyai misterinya yang tersendiri. Khabar yang diterima, sebelah Pantai Timur semenanjung Malaysia kini sudah dinaiki air dan banjir kian melanda. Misteri yang tak tersangka kian muncul kembali. Pada waktu ini saya terkenangkan bagaimana pembinaan sebuah puisi yang pernah terlahir dulu 'Bencana Datang Lagi' dihasilkan.

Namun saya akui kerja kali ini lebih mencabar dan lebih mengajar saya untuk terus berusaha. Saya suka kerja saya ini. Nantikan kemunculannya bagaimana misteri alam mimpi mampu bersatu dengan misteri alam sebenar dalam karya SKRIP 4. Saya juga sedang mempersiapkan beberapa karya lain dalam SKRIP sebelumnya. Saya akui memang masa adalah tekanan yang sedang memburu saya.

Persiapan untuk kembara SKRIP 5 pun sedang saya susunkan. Dan persiapan ini adalah bertujuan untuk merungkai cerita selanjutnya dalam pembikinan CERITA PALING PELIK. Saya boleh merasakan bahawa kembara akan datang ini akan lebih mencabar. Ia perlu dirungkai agar segala misteri dan perkara pelik ini mampu membuatkan pembaca mencari ertinya yang tersendiri.

Isnin, 21 Disember 2015

CERITA PALING PELIK

CERITA PALING PELIK
KEMBARA MENCARI CERITA PALING PELIK
Skrip 4.6



Kembara diteruskan untuk mencari ilham dalam pembentukan cerita. Bahan mentah dari segala cerita sudah ada cuma penyusunan jalan cerita sahaja yang perlu diposisikan dengan secara cermat agar pembaca akan mendapat sebuah cerita yang menarik dari pengalaman yang dikutip. Buku yang menjadi rujukan adalah 'Di benua buta' karya Mana Sikana. Buku tersebut mengandungi berbagai kisah yang menarik dan bagi saya ia agak bermutu. Saya akan cuba usaha untuk mendapatkan sumber dan memang semua itu adalah kerja saya dalam menjalankan proses mencanai CERITA PALING PELIK. 

Saya yakin banyak lagi cerita yang perlu dibongkar untuk diperdengarkan pada kita semua. Saya akan mencari dan terus mencari. Ia tidak akan terhenti di sini. Masih banyak yang perlu dicari. Itu semua adalah kerja saya. 

Jumaat, 18 Disember 2015

CERITA PALING PELIK

CERITA PALING PELIK
MIMPI YANG MASIH BELUM SELESAI
Skrip 4.5

Dari cerita yang berjaya saya selak melalui pengalaman sasaran (Boy), ketika ini saya sedang mencari layangan ilham untuk dipetik dan dihasilkan dalam bentuk karya. Sememangnya manusia seperti Boy boleh dianggap istimewa kerana berpeluang bertemu dengan pengalaman sedemikian. Saya juga merasa beruntung kerana sempat diberikan perkongsian pengalaman yang terlalu berharga bagi seorang manusia. Dan di saat ini saya terpaksa memerah minda untuk menghasilkan karya bagi pengalaman yang terlalu mahal. Boy sedaya upaya mengharapkan agar CERITA PALING PELIKnya itu dapat juga dikongsikan bersama-sama pembaca yang lain. InsyaAllah saya akan usahakan untuk melakukan serta menjaga cerita itu dengan sehabis baik bagi kepuasan dari sudut pembaca dan pencerita.

Saya hadiahkan sebuah puisi untuk pembaca.


MENJEMPUT LAYANG ILHAM

Ku hidu harum kisah
di sisi teduhan pohon jambu
berakar tinta yang tak putus
merenung sedalam huruf
kata di balik hembusan ilham
aku jemput
aku kutip
aku pungut
biar menjamah niat
dalam lampiran dada salju
helai kosong daunan kertas
bersama lapar sebuah cerita
aku jemput, aku pinang
layang ilham di sisir senja
yang ghairah menambat malam
salam pada mimpi seorang hamba
aku datang memujuk
sebuah cerita

AMNI JAGAT

Khamis, 17 Disember 2015

CERITA PALING PELIK: Skrip ke - 4.1Selepas pengembaraan mendapatkan t...

CERITA PALING PELIK: Skrip ke - 4.1

Selepas pengembaraan mendapatkan t...
: Skrip ke - 4.1 Selepas pengembaraan mendapatkan tiga Cerita Paling Pelik yang lalu, sasaran seterusnya adalah seorang sahabat saya yang ti...

CERITA PALING PELIK: Skrip ke - 4.2Pertemuan dengan sahabat saya tela...

CERITA PALING PELIK: Skrip ke - 4.2

Pertemuan dengan sahabat saya tela...
: Skrip ke - 4.2 Pertemuan dengan sahabat saya telah direncanakan dan segalanya setakat ini berjalan dengan lancar. Apa yang perlu disedia...

CERITA PALING PELIK: PENGALAMAN SEORANG TAUKESkrip - 4.3Menjejak ceri...

CERITA PALING PELIK: PENGALAMAN SEORANG TAUKE
Skrip - 4.3
Menjejak ceri...
: PENGALAMAN SEORANG TAUKE Skrip - 4.3 Menjejak cerita keempat (4) Biodata Sasaran Nama Panggilan : Boy Usia : 30an Perkerjaan : Pemil...

CERITA PALING PELIK: AKHIRNYA PELIK BETUL MIMPI SEORANG TAUKESkrip 4.4...

CERITA PALING PELIK: AKHIRNYA PELIK BETUL MIMPI SEORANG TAUKE
Skrip 4.4...
: AKHIRNYA PELIK BETUL MIMPI SEORANG TAUKE Skrip 4.4 Saya berjaya mendapatkan satu lagi cerita. Segala persiapan dan perancangan Alha...

Rabu, 16 Disember 2015

AKHIRNYA PELIK BETUL MIMPI SEORANG TAUKE
Skrip 4.4

Saya berjaya mendapatkan satu lagi cerita. Segala persiapan dan perancangan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Hasil dari pertemuan yang dirancang akhirnya sebuah cerita yang telah lama bersarang dalam diri seorang manusia berjaya saya selak. Sebuah cerita yang mendalam maknanya bagi diri seorang yang hari ini menjadi pemilik sebuah syarikat kereta sewa. Memang kejadian pada dirinya itu terlalu pelik. Suatu pengalaman yang mahal. Pengalaman yang cantik. Peristiwa antara kehidupan yang dialami hari ini dengan sejarah hidup sasaran. Peristiwa yang mendorong kejayaan sasaran pada hari ini. Berangkak dari sebuah kejadian sehingga membuatkan sasaran mengubah haluan menjadi apa yang diidamkan pada hari ini. Ia terlalu mistik dan tidak mampu dirungkai atau diucap dengan kata-kata. Tak cukup!

Saya teruja mendengar dan berkongsi ramah dengan sasaran sehingga ia juga menyentuh diri saya. Saya suka kerja ini kerana ia mula menarik perhatian. Jika ada yang mahu mengetahui apa yang dialami sasaran, nantikan karya cerpen yang akan saya siapkan tak lama lagi. Jika mahu bertanya soal cerita 'BOY' atau sasaran ini, anda hanya perlu menetapkan dengan tetapan cerpen untuk - (SKRIP 4) - harap maklum.

Saya akan terus merantau lagi mencari CERITA PALING PELIK seterusnya. Sasaran saya akan datang nantikan skrip seterusnya!!!

Selasa, 15 Disember 2015

PENGALAMAN SEORANG TAUKE
Skrip - 4.3
Menjejak cerita keempat (4)

Biodata Sasaran

Nama Panggilan : Boy
Usia : 30an
Perkerjaan : Pemilik syarikat kereta sewa
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Sasaran tempat : Bandar Johor Bahru

Segala maklumat yang diberikan hanyalah berdasarkan secara rambang bukan secara tepat kerana tugas saya adalah memikul amanah agar cerita yang dibentang membabitkan peribadi tidak akan terbongkar secara umum. 

Jadi apa yang perlu saya lakukan sekarang hanya bersedia dan terus mempersiapkan misi bertemu dengan 'sasaran' malam ini.

Isnin, 14 Disember 2015

Skrip - 4.2

Pertemuan dengan sahabat saya telah direncanakan dan segalanya setakat ini berjalan dengan lancar. Apa yang perlu disediakan adalah kelengkapan untuk kembara dan peralatan untuk merakam detik temuramah tersebut. Pen, buku, alat rakaman, kamera dan beg galas yang berisi kelengkapan elektronik atau kelengkapan pakaian telah disediakan. Ada yang kata saya memikul bilik tidur setiap kali pergi ke mana-mana hahaha.

Saya dapat merasakan akan ada lagi cerita-cerita yang menarik untuk diketahui dan sekaligus dapat digarapkan menjadi suatu kesan yang indah. Sekarang ini saya sedang mempersiapkan peralatan sambil mendengar sebuah lagu yang kerap terngiang di minda yakni lagu 'Berita Kepada Kawan' nyanyian Ebiet G Ade. Suara muzik itu sedang berkumandang di corong radio Best FM kalau di Johor frekuensi 104.1FM.

Terkadang saya tak tahu sama ada tekaan saya tepat atau pun tidak. Tekaan saya cerita yang menimpa adalah berkenaan dengan ilusi dalam mimpi tapi kebanyakkan tekaan saya itu kerap meleset. Sejarah persahabatan saya dengan 'sasaran' ini banyak didahului dengan kisah yang agak menarik. InsyaAllah saya akan cuba menyingkap tabir cerita hidupnya tidak kira ia berbentuk apa baik mimpi, nyata atau ilusi malah baik sejarah berkenaan dengan mistik sekalipun tetap saya akan usahakan untuk menyingkap jawapannya.
Skrip - 4.1

Selepas pengembaraan mendapatkan tiga Cerita Paling Pelik yang lalu, sasaran seterusnya adalah seorang sahabat saya yang tinggal di kawasan bandar Johor Bahru. Sahabat ini telah lama saya tidak bertemu mata secara berdua. Sahabat yang seyakin saya mempunyai banyak cerita dan mungkin dari cerita yang banyak itu akan ada suatu Cerita Paling Pelik yang dialaminya. InsyaAllah misi saya kali ini adalah membongkar kisah yang mungkin tersimpan sekian lama dan mungkin sudah menjangkau berpuluh tahun lamanya kisah yang dipendamkan. Saya akan bongkarkan tidak lama lagi.

Rabu, 9 Disember 2015

RANGKA PERJALANAN.




Blog ini akan memaparkan perantauan (travelog) mengenai pembikinan sebuah karya yang berlandaskan kisah benar. Kisah benar yang ingin dipaparkan ini adalah berkenaan kisah atau cerita pelik yang pernah berlaku pada diri manusia yang saya akan temui. Segala cerita mereka akan saya garap menjadi proses terakhir yakni pembikinan sebarang karya baik cerpen, puisi, rencana, novel dan lain-lain karya. Proses terakhir itu akan dimaklumkan sama ada ia bergenre atau akan dibina dalam karya apa sekalipun. Begitulah kisah yang bakal dipaparkan dalam blog ini.

Setakat ini saya sudah mempunyai sebanyak tiga kisah yang menarik dan benar-benar pelik selepas temuramah dari tiga individu yang berbeza. Segera akan disiapkan dalam bentuk karya. Itu adalah perangkaan terakhir setakat ini.